Saturday, November 5, 2011

Isteri Paksa Rela 5

''Sofea, kau ikut aku balik rumah aku kat Alam Damai. Aku dah beli rumah kat sana. Aku nak kau tinggal kat sana dengan aku'',arah Haikal Ashriq selepas mereka diijabkabulkan sejam yang lepas.

''Erm, okay. Tapi saya nak mintak maaf pasal perkara tadi. Sumpah bukan saya yang rancang semua ni.'',kata Sofea Afira

''Berapa kali aku cakap, aku tak nak dengar semua ni! Kau ni tak faham bahasa agaknya. Aku benci dengar perkara tu lagi faham?'',lenting Haikal.

Sofea Afira hanya terdiam kaku mendengar tengkingan Haikal Ashriq.

'Hisy, sekarang ni aku kena ikut cakap dia pulak. Aku tak suka kahwin!',bentak hati Sofea.

.............................................
'Subahanallah, cantiknya rumah dia. Kalah rumah aku. Haih, memanglah, dia anak rang kaya. Aku ni habuk banyak lah.'detik hati Sofea Afira.

''Hah, apa lagi tercegat kat situ? Tak reti nak masuk ke? Dah malam la. Kau nak tidur kat luar ni ke?''.sinis kedengaran suara Haikal.

''A..aa yer..yer...saya nak masuk lah ni''balas Sofea..

'Eeiii...pantang aku salah sikit..'detik Sofea.
....................................
'Cantiknya'..bisik hati Sofea..

''Sekarang, aku nak bagi syarat-syarat sepanjang kita kahwin ni. Pertama, kau dengan aku tidur bilik asing-asing. Jangan kau ingat dapat first night ngan aku'',kata Haikal Ashriq.

'Eeei..yang itu aku tau lah. Aku pun taknak lah.'detik hati Sofea Afira.

''Yang kedua, kau tak boleh ambik tau hal aku. Tapi..kau kena inform kat aku apa yang kau nak buat'',kata Haikal.

''Yang ketiga., aku taknak perkahwinan ini atas nama cinta. Aku dengan kau akan bercerai dalam 2 tahun lagi..''

'Eleh..ingat aku nak sangat kahwin dengan kau. Kalau kau tak berlagak hero, takdelah aku kena kahwin dengan kau!'bisik Sofea perlahan.

''Apa kau cakap?''tanya Haikal dengan nada suara yang sememangnya kasar.

''Eerr..mana ada! Awak salah dengar kot. Saya mana ada kata apa-apa..''terketar-ketar Sofea menjawab.

''Erm, apa-apa jelah. Aku nak kau tidur kat bilik atas sebelah bilik aku. Malam ni kau boleh pakai baju aku dulu, esok malam aku bawak kau pergi beli baju baru. Baju kau tu semua kampung-kampung. Old fashion! No excuse, tapi lepas aku balik kerja la''perli Haikal Ashriq


Lastly, kau automatik aku pecat.''


''Okay then'',balas Sofea..
..........................................................................................................
''Sofea!'',jerit Haikal.

''Eishh..sebelah menyebelah bilik pun nk jerit-jerit. Hisy, tak senang betul la.''ngomel Sofea.

Sofea bingkas bangun dari tempat tidurnya lantas ke bilik Haikal Ashriq.

''Ye?''jawab Sofea acuh tak acuh..

''Kau ni boleh lagi membuta. Asal kau tak kejutkan aku bangun pergi kerja?'',marah Haikal Ashriq

''Erm, awak kata tak payah masuk campur hal awak, jadi saya buat bodoh je la.''balas Sofea selamba.

''Eii, sabar jelah. Dah la pergi keluar. Menyusahkan je.'',rengus Haikal..

''Erm...''
.........................................................................................................
Sofea yang sedang mengemas-ngemas rumah sekali lagi terkejut dengan jeritan Haikal dari tingkat atas.

'Eeeei..apa lagi yang dia nak tu?.'ngomel Sofea.

Dalam meleteri Haikal, Sofea masih lagi melangkahkan kakinya ke bilik tidur Haikal Ashriq.

''Yer.Awak nak apa lagi?'',tanya Sofea Afira .

''Kau ni...aku ingat kau duduk rumah aku senang la sikit kerja aku. Ni tak menyusahkan adalah. Kau asal tak gosok baju aku? Macam mana aku nak pergi kerja kalau baju aku tak gosok? Kau ni..takkan semua benda aku nak ajar.''marah Haikal kepada Sofea akan kecuaiannya sendiri..

''Saya tak tau pulak yang awak nak suruh saya gosok baju kerja awak. Saya mintak maaflah''balas Sofea.

''Eeiii..mulai dari esok aku nak kau kejutkan aku setiap pagi pukul 6.30, kau gosokkan baju aku, kau buat sarapan, kau kemas rumah. Sekarang, semua tu kerja kau. Faham?''arah Haikal..

''Faham...''jawab Sofea acuh tak acuh.
..............................................
'Hari ni..pasal hal kecik camtu Haikal tak pergi kerja..eei.bosan aku kalau dia ada rumah. Tak bebas. Kalau dia okay dengan aku takpela lagi. Ni tak, asyik nak marah je'ngomel Sofea.

'Haikal  syok je tengok TV kat hall. Entah cerita apa yang dia tengok entah. Bukan main khusyuk je. Aku pulak berhempas-pulas nak mengemas rumah dia yang boleh dikatakan besar ni. huh Penat! Sekarang, aku nak kena mop lantai lagi..fuhh..mampus aku hari-hari macamni..'

Sofea yang sedang mengemop tangga baru teringat yang dia tengah didihkan air. Pantas dia menuju ke dapur untuk menutup air masak tadi.

Tiba-tiba, Sofea terdengar suara Haikal mengerang dari ruang tamu. Sofea lantas bingkas menuju ke ruang tamu untuk melihat keadaan Haikal.

'entah-entah kena rompak. Eeiisy, aku ni tak sayang mulut'.

Sofea tergamam melihat Haikal terduduk di lantai tangga yang terakhir.

''Alamak awak!..''

Sofea meluru kearah Haikal dan mencuba untuk membantunya duduk. Tetapi, Haikal menolak. Maklumlah nak tunjuk macho depan pompuan.

''Kau ni macam mana buat kerja? Tengok, apa kau dah buat!'',marah Haikal sambil dirinya berusaha untuk bangun

''Gedebup....''Haikal jatuh semula ke lantaI. Itulah..degilnya tak bertempat.

''Ha, tu makan dia. Degil!''kata Sofea Afira sambil menjeling Haikal.

Sofea berkeras juga untuk membantu Haikal. Akhirnya, Haikal akur akan arahan Sofea.
Haikal dibawa ke bilik ditingkat bawah. Berat! Takkan nak bawak sampai atas. Daripada seorang yang jatuh, ni karang jadi dua-dua jatuh. Tak ke naya?

Haikal mengomel-ngomel sambil dirinya berbaring di atas katil.

'Ala..sikit je dah buat macam jatuh bangunan.'ngomel Sofea Afira.

Sofea melangkah ke dapur untuk menyambung kerjanya yang tergendala sebentar tadi tanpa mempedulikan Haikal.

4 comments:

Anor said...

best nak lagi... kesian Sofea bukannya dianggap sebagai seorg
isteri tapi seperti org gaji saja...huhuhu

Anonymous said...

ntah pape ntah..merepek je. childlish sgt ceta nie, tak best!!:P

Gerl-gerl said...

Kat mana yang childish anon ? Boleh saya perbaiki :)

RinsyaRyc said...

Alah anon , x suka pi la main jaoh2.. hihi .

Kita suka cerita childish .. ^___^